Khamis, 6 April 2017

garam buluh dan darah tinggi

Kaitan garam buluh dan darah tinggi

Kenapa garam buluh boleh menyekat tekanan darah tinggi?  Perbincangan mengenai perkara ini perlu dimulakan dari darah yang cemar kerana penyataan ini adalah satu kenyataan yang penting.  

Sebagaimana kita sedia maklum bahawa saluran pembuluh darah adalah silang-menyilang dan jumlah panjangnya boleh mengelilingi bumi dua setengah kali.  Jaringan pembuluh darah yang sebegini panjang perlu membawa oksigen dan khasiat, dan pada masa yang sama perlu mengeluarkan bahan buangan.  Ianya sama seperti satu saluran bekalan yang sibuk dalam satu peperangan. Jika terdapat sebarang saluran yang tersumbat atau tersekat, ia boleh membawa padah.

Kenapa darah boleh menjadi cemar?  Secara ringkasnya, ianya kerana “bekerja terlalu kuat”.  

1. Otak manusia, hati, organ utama badan, kaki dan tangan yang letih boleh menyebabkan darah menjadi cemar.  
2. Pengurangan fungsi metabolisma badan menyebabkan berlakunya halangan dan penyekatan dalam proses pengedaran darah.  Oleh itu, darah pun menjadi “gelisah”.   
3. Apabila darah menjadi “gelisah”, pengedarannya menjadi tidak teratur

apa fungsi garam buluh?

1. Garam buluh ~ Bahan pencernaan semulajadi, bahan pembersih toksik
     Garam buluh boleh menambahkan perembesan air liur dengan banyak dan perembesan cecair gastrik didalam perut yang boleh membantu pencernaan makanan dengan sempurna

2. Garam buluh ~ Menyerapkan zat besi, memperkuatkan fungsi darah

     garam buluh juga mempunyai kebolehan penyerapan yang tinggi dan mempunyai fungsi osmosis dan ia menyerap ke dalam air liur, cecair gastric, darah, limpa, cecair hempedu dan usus.


3. Garam buluh ~ Pengawal tekanan semulajadi
    Kandungan garam buluh yang berguna, terutamanya tembaga, boleh menyingkirkan logam berat raksa dan cadmium

4. Garam buluh ~ Campuran sebatian
   Garam buluh boleh membersihkan darah kerana ia mempunyai elemen kesan yang berfungsi sebagai campuran sebatian.  Tambahan pula, campuran sebatian ini tidak terhad kepada membersihkan darah sahaja.   Fungsi utama garam buluh ialah menyelaraskan tahap kealkalian dan keasidan darah serta mengimbangkan tekanan osmotic



0 ulasan:

Catat Ulasan